Powered By Blogger

Tuesday, December 20, 2011

Bukan Sekadar Mimpi








Selalu kiita dengar orang berkata,mimpi pemainan tidur.Malah ada juga yang berkata,mimpi boleh jadi petunjuk pada sesuatu poerkara yang bakal berlaku.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri,Abi Said berkata,beliau pernah mendengar Rasulullah bercakap mengenai orang yang bemimpi.





         Antara pesan baginda,jika mendapat mimpi baik,maka ucapkanlah puji-pujian pada Allah kerana mimpi yang baik datang daripada Allah dan boleh diceritakan pada orang lain,malah memang digalakkan bebrbuat demikian.Tetapi jika mendapat mimpi sebaliknya (mimpi buruk),mohonlah perlndungan Allah daripada kejahatan kerana mimpi buruk itu daripada syaitan.Seelok-elokknya mimpi itu jangan dibicarakan pada orang lain dan tidak akan memberikan kesan (bahaya) sekiranya didiamkan sahaja.





         Untuk mengharapkan mimpi baik,Rasulullah berdoa yang bermaksud:


”Ya Allah,aku bermohon pada-Mu agar mendapat mimpiyang baik dan benar lagi bukan kedustaan tetapi bermanfaat dan bukan mudarat.”(Riwayat Ibnu Sunni)





         Ketika mendapat mimpi baik,Rasulullah mengucap syukur:


”Segala puji bagi Allah yang ,e,elihara seluruh alam semesta.”(Riwayat Ibnu Sunni)





         Jika mendapat mimpi buruk,Rasulullah akan mnemohon perlindungan dengan membaca:


“Ya Tuhanku,aku berlindung pada-Mu daripada pekerjaan syaitan dan mimpi-mimpi yang buruk.”(Riwayat Ibnu Sunni)

No comments:

Post a Comment