Ketika dunia Islam kian tercabar, dicabar dan dihina oleh musuh Islam,umat Islam seluruh dunia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mapu melihat saudara seagamanya ditindas dan dibunuh dan lebih teruk lagi umat Islam yang tidak melihat kejadian ini kerana sibuk mengejar dunia.
Keadaan hari ini sebenarnyasudah diramal oleh Rasulullah yang bersabda:”Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan.”Sahabat bertanya,”Adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit?”Baginda menjawab,”Tidak,bahkan jumlah kamu pada masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih dipermukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerund di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu’al-wahan’.”
Sahabat kemudian bertanya,”Apa dia al-wahan’ya Rasulullah?
Jawab baginda ;” Cintakan dunia dan bencikan akhirat.”
Cuba renungkan sejenak mengenai kebenaran sabda Rasulullah itu. Jumlah umat Islam hari ini mencecah satu bilion orang, sutu angka yang besar. Mereka bertebaran di muka bumi, dengan kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan. Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam hingga disegaani dunia. Persoalannya ialah mengapa kelebihan ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak katikan musuh Islam?
Bukan lagi satu rahsia bahawa penyakit dan gejala sosial di kalangan umat Islam kini semakin serius. Laporan media massa mengenai isu jenayah dan seks bukan lagi menjadi teladan, tetapi menjadi galakan untuk melakukannya.
Program keagamaan di televisyen juga seolah-olah menjadi penghalang, dengan program berunsur hiburan jauh mendapat tempat berbanding tilawah Al-Quran ataupun ceramah agama.
Tidak hairaan ada umat Islam yang bukan sahaja mengalih siaran ketika tilawah Al-Quran tetapi juga Azan, sebaliknya sanggup menjadi ’patung’ di depan televisyen apabila ada program hiburan.
Firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran : ”Orang Yahudi dan Nasrani sekali lagi tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehingga kamu mengikut cara hidup mereka.”
Yang pasti, mereka berjaya kerana pada masa kini masjid kian terpinggir dengan kewujudan banyak pusat-pusat hiburan. Manusia lebih suka ke disko atau pusat hiburan untuk menenangkan fikiran daripada di masjid.
Berbalik kepada hadis Rasulullah di atas, kelemahan umat Islam pada hari ini dikaitkan dengan dua faktor iaitu cintakan dunia dan bencikan akhirat. Umat Islam generasi pertama dahulu cintakan mati kerana dapat segera bertemu Allah. Disebabkan itu jika ada panggilan jihad, mereka secara sukarela bergabung tenaga untuk menentang musuh Islam. Sebaliknya, masyarakat Islam lebih takut mati, malah mengingati mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka ini takut untuk mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukannya dan sedikit amalan yang dibuat. Akhirnya semangat jihad bagi memperjuangkan dan menegakkan Islam, agama Allah pudar dan terhakis.
Percayalah setiap orang akan menghadapi mati, dan biarlah mati di dalam keadaan bermaruah dan mempertahankan agama, bukannya mati kerana dadah, arak atau maksiat seperti yang diinginkan oleh orang bukan Islam.


No comments:
Post a Comment