Powered By Blogger

Tuesday, December 20, 2011

UMAT YANG LEMAH DAN HANYUT





Ketika dunia Islam kian tercabar, dicabar dan dihina oleh musuh Islam,umat Islam seluruh dunia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mapu melihat saudara seagamanya ditindas dan dibunuh dan lebih teruk lagi umat Islam yang tidak melihat kejadian ini kerana sibuk mengejar dunia.


Keadaan hari ini sebenarnyasudah diramal oleh Rasulullah yang bersabda:”Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan.”Sahabat bertanya,”Adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit?”Baginda menjawab,”Tidak,bahkan jumlah kamu pada masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih dipermukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerund di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu’al-wahan’.”


Sahabat kemudian bertanya,”Apa dia al-wahan’ya Rasulullah?


Jawab baginda ;” Cintakan dunia dan bencikan akhirat.”


Cuba renungkan sejenak mengenai kebenaran sabda Rasulullah itu. Jumlah umat Islam hari ini mencecah satu bilion orang, sutu angka yang besar. Mereka bertebaran di muka bumi, dengan kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan. Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam hingga disegaani dunia. Persoalannya ialah mengapa kelebihan ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak katikan musuh Islam?


Bukan lagi satu rahsia bahawa penyakit dan gejala sosial di kalangan umat Islam kini semakin serius. Laporan media massa mengenai isu jenayah dan seks bukan lagi menjadi teladan, tetapi menjadi galakan untuk melakukannya.


Program keagamaan di televisyen juga seolah-olah menjadi penghalang, dengan program berunsur hiburan jauh mendapat tempat berbanding tilawah Al-Quran ataupun ceramah agama.


Tidak hairaan ada umat Islam yang bukan sahaja mengalih siaran ketika tilawah Al-Quran tetapi juga Azan, sebaliknya sanggup menjadi ’patung’ di depan televisyen apabila ada program hiburan.


Firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran : ”Orang Yahudi dan Nasrani sekali lagi tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehingga kamu mengikut cara hidup mereka.”


Yang pasti, mereka berjaya kerana pada masa kini masjid kian terpinggir dengan kewujudan banyak pusat-pusat hiburan. Manusia lebih suka ke disko atau pusat hiburan untuk menenangkan fikiran daripada di masjid.


Berbalik kepada hadis Rasulullah di atas, kelemahan umat Islam pada hari ini dikaitkan dengan dua faktor iaitu cintakan dunia dan bencikan akhirat. Umat Islam generasi pertama dahulu cintakan mati kerana dapat segera bertemu Allah. Disebabkan itu jika ada panggilan jihad, mereka secara sukarela bergabung tenaga untuk menentang musuh Islam. Sebaliknya, masyarakat Islam lebih takut mati, malah mengingati mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka ini takut untuk mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukannya dan sedikit amalan yang dibuat. Akhirnya semangat jihad bagi memperjuangkan dan menegakkan Islam, agama Allah pudar dan terhakis.


Percayalah setiap orang akan menghadapi mati, dan biarlah mati di dalam keadaan bermaruah dan mempertahankan agama, bukannya mati kerana dadah, arak atau maksiat seperti yang diinginkan oleh orang bukan Islam.

Keagungan Ayat Kursi








Ayat kursi merupakan ayat yang diturunnkan setelah hijrah.Oleh kerana kehebatan dan kemuliaan ayat ini,Allah SWT telah memerintah beribu-ribu malaikat untuk mengiringi ayat ini semasa penurunannya.Sehinggakan syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.Dengan penurunan ayat Kursi ini,Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.





Kelebihannya:


1Jika dibaca dengan khusyuk setiap kali setepas solat fardu,pagi dan petang,ketika keluar dam masuk rumah atau hendak musafir,InsyaAllah akan terpeliharalahdari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akanmemudaratkan diri bahkan keluarga,anak-anak dan harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.





2Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa yang membacanya setiap hari sebanyak 18 kali,maka akan dibukakan dadanya dengan pelbagai hikmah,dimurahkanr rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang menghormatinya.





3Menurut Syeikh Abu Abbas,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,InsyaAllah akan dicerdaskan akal fikirannya.





4Jika diamalkan selalu,Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.





5Jika dibacanya sebanyak 12 kali pada pagi jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah akan memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.








6Sebagai benteng untuk menyekat pencuri daripada menceroboh tempat kediaman.





7Memberi keselamatan ketika dalam perjalanan.





8Jika dibaca dengan penuh khusyuk,boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.





9Jika mendiami rumah baru dan dibaca sebanyak 100 kali,InsyaAllah akan terhindar daripada gangguan bencana.





10barang siapa mambaca ayat Kursi ketika hendak tidur,maka ia dijaga dua malaikat hingga pagi hari.





11Barang siapa membaca ayat Kursi pada saat sakit maka Allah akan memudahkan ketika menghadapi sakaratul maut.





12Barang siapa yang membaca ayat kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.





13Sesiapa yang berasa takut terhadap tindakan jahat orang zalim,maka maka ketika ia masuk atau menghadap kepadanya hendaklah membaca ayat Kursi.





Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya seagung-agung ayat di dalam al-Quran adalah ayat Kursi.Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukan daripadanya.Keburukannya dari ketika itu hingga keesokan harinya.”

Bukan Sekadar Mimpi








Selalu kiita dengar orang berkata,mimpi pemainan tidur.Malah ada juga yang berkata,mimpi boleh jadi petunjuk pada sesuatu poerkara yang bakal berlaku.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri,Abi Said berkata,beliau pernah mendengar Rasulullah bercakap mengenai orang yang bemimpi.





         Antara pesan baginda,jika mendapat mimpi baik,maka ucapkanlah puji-pujian pada Allah kerana mimpi yang baik datang daripada Allah dan boleh diceritakan pada orang lain,malah memang digalakkan bebrbuat demikian.Tetapi jika mendapat mimpi sebaliknya (mimpi buruk),mohonlah perlndungan Allah daripada kejahatan kerana mimpi buruk itu daripada syaitan.Seelok-elokknya mimpi itu jangan dibicarakan pada orang lain dan tidak akan memberikan kesan (bahaya) sekiranya didiamkan sahaja.





         Untuk mengharapkan mimpi baik,Rasulullah berdoa yang bermaksud:


”Ya Allah,aku bermohon pada-Mu agar mendapat mimpiyang baik dan benar lagi bukan kedustaan tetapi bermanfaat dan bukan mudarat.”(Riwayat Ibnu Sunni)





         Ketika mendapat mimpi baik,Rasulullah mengucap syukur:


”Segala puji bagi Allah yang ,e,elihara seluruh alam semesta.”(Riwayat Ibnu Sunni)





         Jika mendapat mimpi buruk,Rasulullah akan mnemohon perlindungan dengan membaca:


“Ya Tuhanku,aku berlindung pada-Mu daripada pekerjaan syaitan dan mimpi-mimpi yang buruk.”(Riwayat Ibnu Sunni)

Saturday, December 17, 2011

Rahsia Sebenar Hitler

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini..



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"


Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.


Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.


Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"


Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -


1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.


2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.


Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.




Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi..







Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :


1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :


(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...


Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.


Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar


Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.


" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas..


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.










Friday, December 16, 2011

Makna-makna hari-hari dalam Islam

Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh,

Sabda Nabi:~

Jumaat - Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

Sabtu - Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

Rabu - Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

Thursday, December 15, 2011

BANTULAH DIA, DIA MEMERLUKANNYA




Dia terbaring kesunyian... Tiada teman, tiada yang peduli dan tiada siapa-siapa... Dunianya yang baru sangat asing baginya... Setelah berbulan-bulan di rumah yang selesa, dia di halau dan diletakkan di satu dunia yang tidak pernah difikirkannya... Dunia itu sebenarnya tidak kejam, dunia itu sebenarnya sejahtera lagi aman... Tetapi, hidupan di dunia itu yang seringkali mencorakkannya menjadi sampah, menjadi tempat yang amat durjana...





Dia terbaring tanpa mampu membuat apa-apa... Dia hanya mampu menangis, berteriak sambil melolong sekuat hati, dengan harapan akan ada tangan yang sedia membantunya... Ya, dia memang mengharapkan akan ada hidupan di dunia itu yang mampu mempedulikan dirinya walaupun seketika... Teriakannya tidak membuahkan hasil... Semuanya sia-sia... Badannya semakin lemah, tekaknya umpama padang pasir yang tandus... Sudah sekian lamanya dia tidak merasai nikmat secebis makanan mahupun sesudu minuman...





Tanpa diduga, satu dentuman yang kuat memecah kesunyian... Satu demi satu pancaran cahaya yang menakutkan muncul di balik kain hitam... Dia bertambah takut... Sudahlah dirinya tidak lagi berdaya... Hendak mengangkat tangan pun dirasakannya berat, apatah lagi mahu melarikan diri... Dia hanya berbaring dengan pasrah... Berbaring sambil berteriak lagi... Suaranya pula kian serak...





Tiba-tiba, titisan air yang berjuta-juta jumlahnya mencurah-curah turun diselangi dengan angin yang sejuk... Dia menjerit kerana tidak tahu apa yang berlaku... Sekali-sekala, dia hampir lemas akibat tertelan air itu... Dia tercekik, termuntah-muntah... Keadaanya kian tenat...





Tatkala titisan-titisan air itu sudah tiada lagi, dia masih lagi terbaring di situ, tidak berganjak walaupun seinchi... Fizikalnya semakin lemah, dia terbatuk-batuk beberapa kali menandakan bahawa dia sememangnya semakin tenat... Musibahnya belum lagi hilang pabila munculnya segerombolan makhluk kerdil yang mahu menganiyanya... Makhluk kerdil itu walaupun kecil, jumlah mereka terlalu ramai... Dia tidak mampu melawan, hanya mampu berteriak dan melolong tanpa henti... Makhluk-makhluk kerdil itu langsung tidak menunjukkan belas kasihan padanya yang sedang tenat... Satu badannya mula dikerumuni makhluk-makhluk kerdil tersebut yang berwarna garang... Dia dipijak, digigit-gigit oleh makhluk kerdil itu... Sakitnya hanya dia dan Tuhan saja yang tahu...





Setelah beberapa hari berperang, dia tumpas di dunia itu... Dunia yang dipenuhi makhluk berhati busuk dan kejam... Dunia yang tidak pernah kering dengan nafsu dan pancaroba...





Alangkah bagusnya jika dia tidak berpindah ke dunia itu!





****************************************










************************************


Patutkah mereka dilayan sebegini?